CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 30, 2011

Menariknya Perlis Indera Kayangan

Whassup2...

Skang ni time lunch kan, u ols dah makan ke lom. Arini aku hanya makan berbekalkan nasi goreng yg dibawa dari rumah. Skang ni nak bjimat cermat sikit sebab nak kumpul duit banyak2 untuk ............ hehehe tapi bila lunch ni teringat pulak kat Perlis. Wah rindunyaaa di situ. 

Walaupon Perlis sebuah negeri terpencil dan kecil di Malaysia ni tapi aku suka sangat sebab banyak kenangan aku kat situ. Lebih-lebih lagi situ la tempat di mana aku bersiar-siar jalan-jalan cari makan dengan teman2 kolej & buah hati (MLO). Macam tak percaya dah setahun aku xpergi situ sebab dah habis belajar kat UUM. Paling dirindui mestilah makanan seafood nya, paling beshhhh sotong goreng tepung dan kerang bakar. Fuhh sedap x ingat, makan lak dengan si 'dia' ahakkk3. Apa-apa pon aku akan pergi lagi situ dengan family mengungkap kenangan silam, chewahhh ayattttt.....

Peberet aku ni sotong goreng tepung

Peberet kedua aku kerang bakar, cicah lak dengan cili kicap, fuhhhhh....

Gua Kelam, xder pe yg istimewa sgt sini tp sgt bermakna bagi aku :)

Tasik Melati, first time pergi masa last sem, thanks MLO...

Taman Ular

Harum Manis, kalo pergi Perlis xsah rasenya kalo xbeli


 (Gambar: sumber dr google)

Thursday, May 26, 2011

Peristiwa Memalukan

Monink!!!

Tringin lak nak share ngn u ols something. Haa ape dia ek? Penah x korang alami peristiwa yang memalukan dan xboleh dilupakan sehingga skarang. Kalo aku banyak sangat kejadian kot tapi nak cerita 2 peristiwa jer.

First skali peristiwa ni berlaku masa aku kecik n remaja. Time 2 masih comel lagi la hik3 perasan lak yer. Aku pergi pasar malam bersama mak aku time 2. Masih ingat lagi mak aku ni pakai baju kelawar  ungu disebabkan sebelah umah je. Bila nak beli makanan aku berpecah ngn mak aku cari makanan masing-masing. Aku pon order la apam balik, tapi disebabkan ramai orang yang beli sama terpaksa la aku menunggu lebih lama. Selepas beberapa minit ada orang kat belakang aku macam nak rapat-rapat ngn aku. Aku pon pusing la nampak baju kelawar warna ungu 2, mak aku rupanya. Terkejut aku sebab banyak tol makanan dia beli, aku plak yang excited tgk. Aku dgn berani dan confident amek sate 1 cucuk dalam plastik yang mak aku pegang. Bila aku dah pegang sate 2 baru aku tgk muka mak aku. ALAMAK!!!! SAPE NI???? bukan mak aku la!!!! dgn muka tebal aku masukkan blk sate 2 dlm plastik n mtk maaf kat makcik 2 salah orang. Sengal kan, macam mana aku leh tgk baju kelawar ungu 2 tanpa tgk muke org 2. kan dah malu!!!

Second ni pon lebih kurg sama gak ceritenye. Peristiwa ni berlaku awal tahun ni, kira fresh lagi la huhu. Akak aku yang tinggal kat Port Dickson datang kat rumah bermalam 3 ari disebabkan husband nye ade urusan kat KL. Tetiba dia cakap teringin nak makan McD malam2 tu, so dia pon order la McD Delivery. Lebih kurang 15 minit kemudian kitorg nmpak ada Motor yang ada box kat belakang. Wah kitorg pon puji la McD ni menepati masa, btol2 15 minit dah sampai parking depan rumah. Tapi masa 2 hanya nampak mcm bayang2 disebabkan lampu kat block aku rosak. Akak dah prepare duit nak bayar la kononnya. Yang peliknya org 2 lalu depan rumah kitorg xberenti pon. Aku fikir mesti org ni xjumpe rumah kitorg. Aku pon keluar la tgk lelaki td berdiri depan rumah jiran sambil memegang makanan. Aku panggil dia 'dtg kat sini,kitorg yang order'. Tup2 jiran aku ni bukak pintu rumah dia, so terpancar la cahaya lampu dr rumah sampai luar rumah. Masa 2 baru terang aku nampak wajah lelaki 2. ALAMAK!!!!! SEKALI LAGI AKU TERTIPU. Rupa-rupanya lelaki 2 husband jiran aku la, kebetulan dia bekerja sebagai penghantar Pizza Delivery 2. Aku pon mtk maaf la kat jiran aku 2 hehehe sume salah lampu, kalo lampu xrosak 1 blok xkan jadi peristiwa ni ( kesian kau lampu dipersalahkan lak ). Sejak ari 2 aku asek kena ketawa oleh akak n abg2 aku. Malu pon ader.

Ermmm hope lepas ni aku lebih berhati-hati nak tegur org. Xnak lagi peristiwa berulang, memalukan diri je huhu...

eeee malunyeeeeee.....

Tuesday, May 24, 2011

5 Soalan 5 Jawapan 5 Tag

Hye pe kaba u ols, lame kan xupdated. Xtaw dah nak masuk entry ape, xader idea la, ni pon Kak Izan tag my blog kan. So, azie jawab yer kak izan.

5 tarikh penting

My besday laa..opkos kan hehe
Besday my family
Besday 'buah hati' :)
Membe2 rapat punye besday
Anniversary ku & 'dia' wah wah wah

5 perkara dibuat semalam

Basuh baju yg bertimbun 2 huhu
Tengok tb (ulangan konsert af & maharaja lawak)
Cek bisnez yg tergendala 
Tidoq (demam kejap smlm)
Dengar lagu sambil baring (hobi plg peberet ni)

5 perkara buat korang hepi

Lepak n borak2 dgn kawan2 (time ni la leh gelak2 n gosip, opssss)
Layan lagu rancak2
Ngadap laptop 'berbisnez'
Makan coklat n aiskrim
Dapat hadiah bez2 hehehe

5 sebab jawab soalan ni
Xder keje time lunch ni kan
Bosan/boring + ngantuk
Dah lama x update blog ni
Memenuhi request dr Kak Izan
Boleh share2 dgn u ols laa

5 kawan yang nak di tag


Nama yg di tag ni jgn marah yer, saje2 jer ngeee~
Ok, dah jawab dah sume soalan2 di atas, if ader sape2 nak share jugak sila2kan yer...