salam semua.....
hye u all's lame sungguh sy xupdate blog ni..sejak akhir2 ni bz sgt2..lg2 dah kerja ni. Bila sudah kerja ni baru lah taw penat dan payahnya mencari duit kan. Selama ni x sabar2 nak mula bekerja tapi sekarang hahaha 'amek ubat'. Masa hari pertama bekerja macam murid darjah satu jer semua nak kene terangkan, mana x nye keje bkn bidang kita, terpaksa belajar semua perkara. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang diberi oleh Tuhan, at last aku mampu pelajari dan hadapi semua cabarannya.
Tuesday, December 14, 2010
Monday, November 1, 2010
AKHIR ZAMAN??
Herm pelbagai kejadian yg xdiingini asik berlaku sejak akhir2 ni. Musibah, bala, malapetaka berlaku serentak di seluruh dunia. Kejadian Tsunami di kepulauan Mentawai baru2 ini menggemparkan penduduk seluruh dunia kerana ia mengingatkan kembali peristiwa Tsunami tahun 2004 suatu ketika dahulu. Gempa bumi yang berukuran 7.7 skala richter itu telah mengorbankan hampir 400 orang penduduk dan pelancong di situ dan ombak besar dilihat setinggi 3 meter. Berikutan keesokkannya, berlaku pula letusan gunung berapi di Balerante, Jawa Tengah yang mengorbankan puluhan orang setakat ini. Dalam masa yang sama, kite dikejutkan pula angin taufan puting beliung di utara Malaysia. Kejadian angin ribut sering berlaku di utara Malaysia tetapi ianya dianggap jarang sekali berlaku puting beliung di sini. Sementara di Thailand, banjir terburuk terjadi selepas beberapa dekad lalu. Setakat ini jumlah kematian didapati adalah sebanyak 94 orang manakala 4.2 juta lagi penduduk dikhabarkan terjejas dengan tenggelamnya rumah-rumah dan ternakan mereka. Sebanyak 38 wilayah terjejas daripada 76 wilayah. So, sebagai umat islam marilah kita sentiasa berdoa agar tempat yang kita duduki diberi kesejahteraan dan dijauhi bala malapetaka. Berdoalah juga kepada mangsa2 dan kawasan kejadian tersebut agar segera pulih dengan aman serta takziah bagi yang terkorban.
Labels:
Akhir Zaman????
Sunday, October 31, 2010
KELANTAN VS N9???
Salam... erm mgu ni hangat tol org dok bercrite pasal bola sepak..lagi2 pelawanan final antara Kelantan dgn Negeri 9... heboh la pasal tiket naik harga, mahal la, tiket habis la mcm2. Tapi 2 semua tolak ketepi la bg yg fanatik bola sbb ader yg sanggup bt ape saje asalkan dpt tgok team peberet dorg main kan. Aku pon xsabar nk tgok bola ni wlpon aku ni xla minat sgt. Tapi d sebabkan N9 yang main aku kene sokong la. Sokong dgn excited la kononyer last2 N9 kalah. Mmg xdinafikan team Kelantan hebat sgt. Namun, pape hal aku tetap bangga dgn N9 & sentiase terus menyokong N9. Besela adat permainan ader yg kalah ader yg menang. Xperlu gado2 even da kalah pon. Bt Kelantan, tahniah sbb jadi Juara tahun 2010.
VS
Labels:
Kelantan VS N9???
Sunday, October 24, 2010
KEPIMPINAN TERBAIK???
Sesebuah institusi memiliki pemimpin yg akan menerajui dan mendukung
kemajuan institusi tersebut. Pemimpin terbaik dilihat dari segi corak, gaya
kepimpinan yang dibawa. Terdapat pelbagai bentuk kepimpinan antaranya
ialah autokratik, demokratik, laissez-fairre.
kemajuan institusi tersebut. Pemimpin terbaik dilihat dari segi corak, gaya
kepimpinan yang dibawa. Terdapat pelbagai bentuk kepimpinan antaranya
ialah autokratik, demokratik, laissez-fairre.
Melalui kepimpinan autokratik, pemimpin atau pengurus akan memberi arahan kepada pekerja tanpa dipersoalkan oleh pekerja. Dalam masa yang sama, pemimpin hanya akan membuat keputusan tanpa melibatkan para pekerja dan gaya ini sesuai bagi orang yang mempunyai pekerja baru dan tidak bermotivasi. Bagi kepimpinan demokratik, pemimpin akan melibatkan para pekerja dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Maka, keputusan yang diperoleh lebih berkualiti dan memberi motivasi para pekerja serta mempunyai tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama. Manakala kepimpinan laissez-fairre pemimpin akan bertindak sebagai jurutunjuk kepada pekerja dan seterusnya pekerja membuat keputusan. Gaya kepimpinan ini hanya akan dilaksanakan apabila para pekerja memiliki motivasi yang tinggi, berpengalaman dan berkemahiran.
Kepimpinan yang berkesan dilihat apabila pemimpin berjaya mencapai matlamat organisasi, memimpin pekerja untuk melaksanakan tugas, berjaya menyelesaikan konflik dan berjaya mendorong pekerja. Dalam mencapai sasaran organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinan terhadap pekerja. Seseorang pemimpin tidak hanya mengarah pekerja bawahan tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi mencapai sasaran yang ditetapkan diklasifikasikan sebagai pemimpin yang bijaksana, berkemahiran, berpengalaman dan senioriti.
Walau bagaimanapun, organisasi akan terus maju apabila kepimpinan yang diamalkan berkesan dan sesuai dengan kehendak pekerja tanpa mengira apa-apa corak kepimpinan. Kepimpinan yang berkesan membantu organisasi dalam menuju ke arah pencapaian sasaran dan matlamat. Sifat, gaya dan tingkah laku dalam kepimpinan memberi implikasi terhadap penetapan sasaran organisasi sama ada berjaya atau tidak. Menurut Agus Asrofi (2006), apabila kepimpinan disesuaikan dengan situasi dan keadaan organisasi, maka pekerja akan lebih bersemangat menjalankan tugas dan kewajipannya dalam memenuhi sasaran organisasi.
Labels:
Kepimpinan Terbaik???
Saturday, October 23, 2010
SUBHANALLAH....
Subhanallah.....itulah ungkapan yg mampu aku ungkapkan bler melihat tanda2 keKuasaan Allah S.W.T.... terlalu kagum dan indah....begitu hebat ciptaan-Nya...begitu besar kekuasaan-Nya....
Gambar ni aku amek dari tenet jer....slalu tgok tp xpnah puas melihat kebesaran-Nya....
Labels:
Subhanallah...
Thursday, October 21, 2010
Peritnyerrrrrr.......
Tanggal 25 sept 2010 (sabtu) adalah peristiwa yg ak xley lupekan seumur idup aku... nk taw nape... ari itu la 1st time dlm idup aku jatuh sakit yg amat sgt... pd mulenye seminggu sblom 2 ak dah mule rase sakit...tp ak xsyak ape2 penyakit pon... so, 24sept aku bsama rakan2 praktikal g lunch di McD..time 2 aku beli bubur ayam McD dicmpur dgn 3 paket lada itam n 2 paket lada sulah...aku mmg terkenal dgn makanan pedas2..kalo xpedas rase xselera kononye...stelah blk ke ofis perutku mule meragam dan kesakitan 2 berlarutan hingga keesokan pagi nyer...ayah aku menghantar aku ke klinik n doktor ckp aku gastrik..malah dia menyuruh aku berhenti drpd makan pedas2 d sbbkan usus aku terhakis...apbla balik ke umah sakit aku makin teruk n parah...aku xbole bernafas..then ayah aku bersama ibu n abg menghantar aku pula ke hospital besar KL..d situ la peristiwa yg sgt xley lupekan sbbnyer aku xdpt bernafas dgn sempurna..byk doktor dtg melihat aku akhirnya aku d suruh g ke rawatan emergency dgn kerusi roda...dr pagi ke magrib aku menanggung kesakitan...tp syukur doktor kata xder penyakit bahaya yg aku alami melainkan gastrik....aku mengucap syukur gak krn mempunyai ayah n mak yg sgt mengambil berat ke atas aku dan sanggup bersusah payah terhadap anak2nya demi kesenangan anak2nya. Thankkssssss mak ayah
Labels:
Peritnyerrrrrr
KERJA OH KERJA
Kerja???? erm pening2..... since tamat praktikal ni rase bosan jer duk kat umah... nk kua lepak enjoy dgn kwn2 pon malas... sbb duit xder... dah 2 skg mcm2 perasaan ader,,, riso, penin, runsing, takot sume ader... mane x nyer, nk pk pasal keje ni... br taw skg ni susah nk cari keje... bler search kat tenet byk keje kosong tp bkn kelulusan aku...yg kelulusan aku lak jauh2 sgt smpi ke sbh sarawak kelantan terengganu.... erm maybe pengajarannyer jgn terlalu memilih mencari keje... kalo x smpi bler pon aku xdpt keje kan... tp sanggup kah aku duk merantau jauh dari family ku yg kini memerlukan aku???
Labels:
Kerja Oh Kerja
HOBI BARU
Hye...salam u all's...maybe sy xfamiliar dgn blog ni tp sy br mule nk bjinak2 dgn penulisan blog ni....org kata nk tambah hobi baru... b4 that,,let me introduce myself,,sy azie 23 taun n nk msk 24 taun dah...hermmm rase tua lak skg...sy anak jati Kuala Lumpur yg mane di lahir n d besarkan d KL.. tp my dad from slangor n my mum lak from n9...sy sorg yg agak pendiam tp bler da jpe membe yg btol2 sekepala kdg2 leh jd gler2 hehehe niat nk tulis blog ni sbb nyer nk ilangkan boring...al maklumlah skg da hbs blaja d UUM n now, in process to find a good job..so,,at da same time,,leh la isi masa dgn tulis blog ni..ermmm by da way, sy bukan xder blog sblom ni yer,, coz sy ader bisnes online..nk taw aper..sila lah layari ke www.zieanggunshop.blogspot.com hehehe
Labels:
Hobi Baru
Subscribe to:
Posts (Atom)








