CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 24, 2010

KEPIMPINAN TERBAIK???

Sesebuah institusi memiliki pemimpin yg akan menerajui dan mendukung 


kemajuan institusi tersebut. Pemimpin terbaik dilihat dari segi corak, gaya 


kepimpinan yang dibawa. Terdapat pelbagai bentuk kepimpinan antaranya 


ialah autokratik, demokratik, laissez-fairre.


Melalui kepimpinan autokratik, pemimpin atau pengurus akan memberi arahan kepada pekerja tanpa dipersoalkan oleh pekerja.  Dalam masa yang sama, pemimpin hanya akan membuat keputusan tanpa melibatkan para pekerja dan gaya ini sesuai bagi orang yang mempunyai pekerja baru dan tidak bermotivasi.  Bagi kepimpinan demokratik, pemimpin akan melibatkan para pekerja dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.  Maka, keputusan yang diperoleh lebih berkualiti dan memberi motivasi para pekerja serta mempunyai tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama.  Manakala kepimpinan laissez-fairre pemimpin akan bertindak sebagai jurutunjuk kepada pekerja dan seterusnya pekerja membuat keputusan.  Gaya kepimpinan ini hanya akan dilaksanakan apabila para pekerja memiliki motivasi yang tinggi, berpengalaman dan berkemahiran. 


Kepimpinan yang berkesan dilihat apabila pemimpin berjaya mencapai matlamat organisasi, memimpin pekerja untuk melaksanakan tugas, berjaya menyelesaikan konflik dan berjaya mendorong pekerja.  Dalam mencapai sasaran organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinan terhadap pekerja.  Seseorang pemimpin tidak hanya mengarah pekerja bawahan tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi mencapai sasaran yang ditetapkan diklasifikasikan sebagai pemimpin yang bijaksana, berkemahiran, berpengalaman dan senioriti.

Walau bagaimanapun, organisasi akan terus maju apabila kepimpinan yang diamalkan berkesan dan sesuai dengan kehendak pekerja tanpa mengira apa-apa corak kepimpinan.  Kepimpinan yang berkesan membantu organisasi dalam menuju ke arah pencapaian sasaran dan matlamat.  Sifat, gaya dan tingkah laku dalam kepimpinan memberi implikasi terhadap penetapan sasaran organisasi sama ada berjaya atau tidak.  Menurut Agus Asrofi (2006), apabila kepimpinan disesuaikan dengan situasi dan keadaan organisasi, maka pekerja akan lebih bersemangat menjalankan tugas dan kewajipannya dalam memenuhi sasaran organisasi.

0 comments:

Post a Comment