CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Surah Al-Fatihah dan Surah Yaasin. Show all posts
Showing posts with label Surah Al-Fatihah dan Surah Yaasin. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Surah Al-Fatihah dan Surah Yaasin

Slamat malam. Arini aku share something yg sgt berguna dan berfaedah utk kita sama2 amalkan yer sbb byk kelebihan surah ni dr sudut islam.

Surah Al-Fatihah

1. Terhindar dr musibah kecuali ajal

Bagi mereka yg membaca surah Al-Fatihah 1x ketika hendak tidur, kemudian membaca surah Al-Ikhlas 1x, surah Al-Falaq 1x dan surah An-Nas 1x, maka terhindarlah ia dari musibah kecuali ajal.

2. Penawar bagi demam panas

Surah Al-Fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, lalu diusap pada muka, tangan dan kaki orang yg mngidap demam panas, insyaAllah akan segera.

3. Hindari kesusahan hidup

Apabila surah ini dibaca berulang kali 7x selepas solat fardhu, insyaAllah org yg mengamalkannya selalu dihindarkan dr segala kesusahan hidup.

4. Rezeki dipermudahkan

Surah ini dibacakan 41x selepas solat Subuh berulang kali, insyaAllah akan dimudahkan rezeki, dan dpt menyelesaikan hutang.

Surah Yaasin

1. Hajat tercapai

Apabila surah ini dibaca 25x ketika hendak berjumpa pembesar negeri, menteri atau sesiapa shaja, dengan izin Allah S.W.T, mereka akan menerimanya dgn penuh hormat dan meluluskan hajatnya.
 
2. Penawar penyakit

Surah ini ditulis ditulis dan direndam dlm air lalu diminum maka sama dgn meminum 1000 mcm ubat yg lain.

3. Pelindung dr ancaman manusia dan jin

Baca surah Yaasin ini 7x sehingga ayat 9 diulangi 7x. InsyaAllah akan dilindungi org yg mengamalkannya dr ancaman manusia atau jin scr kasar atau halus.