CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 29, 2011

Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh

HUBUNGAN JARAK JAUH

Tertarik pula bila aku terbaca tips-tips ni kat 1 laman web berkaitan tips mengekalkan hubungan jarak jauh. Wow macam kena je dengan diriku ini huahuahua. Mana tak nya, aku ni duduk KL sedangkan si 'dia' yang aku panggil MLO pula duduk Penang. So aku cuba comparekan tips2 tersebut dengan situasi kitorang.

1. Percaya pada pasangan
Dalam sesuatu hubungan kepercayaan antara satu sama lain adalah faktor paling penting dalam menjana kebahagiaan. Wah ayat aku la plak!!. Kepercayaan wajib ada jika ingin mengekalkan hubungan hingga akhir hayat. Tanpa kepercayaan, perasaan curiga mampu memusnahkan hubungan mana2 pasangan. So, tips pertama ni aku rasa aku telah meletakkan kepercayaan aku pada MLO 85%. Mesti korg tertanya tanya kan mane perginya 15% lagi. Ha itu rahsia yer hik3 ada pulak cam tu kan.

2. Setia walaupon jauh
Yup, kesetiaan ni lagi penting. Kalo pasangan kita dekat macam mana pon tapi xda kesetiaan xguna juga. Sememangnya hubungan jarak jauh ni macam2 dugaan dan cubaan, tapi kita tidak boleh terus mengalah, sebaik nya kita tanamkan sifat setia 2 pada pasangan kita walau apa pon terjadi. Aku ni dulu bukanlah setia mana tetapi MLO banyak mengajar aku erti kesetiaan. Banyak dugaan sebenarnya tapi aku xnak layan org lain dah, nak setia jer sebab setakat ni dia yang terbaik buat aku. Peewiitttttt.

3. Berjumpalah walau seketika
Nama pon hubungan jarak jauh tetapi itu bukan alasan tidak boleh berjumpa. Sebaiknya berjumpalah walau seketika. Macam kami, 3 bulan sekali baru leh jumpa. Itupon 2 hari yang dapat jumpa. Al maklumlah anak bongsu yang sering dimonitor oleh parents. Namun aku bersyukur dengan cara ini batas2 pergaulan ku sentiasa terpelihara.

4. Tanyalah khabar
Jika jarang berjumpa dengan kekasih hati anda, cubalah bertanya khabar selalu. Sebelom tidur hubunginya agar hubungan tu tidak rasa enggang, sebaliknya rasa dekat walaupon jauh. Aku??? bukan sebelom tidur je tapi sepanjang masa mesej hehehe

5. Sambut hari ulangtahun bersama
Hari ulangtahun sudah tentunya menjadi hari yang bermakna bagi setiap individu. Hah apalagi bagi pasangan kekasih kan. Cuba berusaha untuk meraikan hari tersebut dengan cara yang istimewa. Tidak semestinya berjumpa sahaja tetapi boleh juga buat kejutan, cntohnya hadiahkan KERETA terus ke rumah pasangan. Hehehe gempak kan. Setakat ni aku bersyukur gak sebab MLO sentiasa ingat hari itu dan akan turun KL untuk sama2 meraikannya.

Sekian sahaja tips2 hubungan jarak jauh yang telah di 'comparekan' dengan situasi aku & MLO ngeeeee. 

Kesakitan Melanda

Whassup2.. cewah sakit2 pon whassup2 lg. Dah 3 ari dah aku sakit, alhamdulillah jumpe doktor td rase baik skt sbb dia bg ubat speselnya huhu. Cume kepala je rasa berat lg, tp batuk dah ilang dah. Semalam batuk dr pagi smpi malam x henti2. Doktor ckp ada cecair lendir dlm paru2, so virus 2 effect kat kesihatan aku termasuk gastrik, migraine and kerap demam. Hopefully everything will fine. Smoga x demam2 lg. 

Tapi yang geramnya time aku xsihat je ada je dugaan dan godaan huhu. Semalam dah la batuk2 pas 2 sakit tekak, abg sulong aku boleh lak bawak balik durian 10 packing. Fuhhh terliur beb. Buah peberet den 2 jangan main2. Tengok lak mak ayah makan sangat2 menyelerakan. Jelez tu mana leh xjeles. Tahan punya tahan tapi aku ni pantang sikit, pantang tengok. Aku pon rase la sebijik hehe xnak kempunan. Dah makan sebijik nak dua bijik last2 berbijik bijik jadinya. Ha kan pagi ni bangun tekak pedih n badan panas.

Len kali kalo dah sakit buat cara sakit, padan muka ko Azie huhuhu

Gambar hiasan (bukan diriku hehehe)

Thursday, June 23, 2011

Surah Al-Fatihah dan Surah Yaasin

Slamat malam. Arini aku share something yg sgt berguna dan berfaedah utk kita sama2 amalkan yer sbb byk kelebihan surah ni dr sudut islam.

Surah Al-Fatihah

1. Terhindar dr musibah kecuali ajal

Bagi mereka yg membaca surah Al-Fatihah 1x ketika hendak tidur, kemudian membaca surah Al-Ikhlas 1x, surah Al-Falaq 1x dan surah An-Nas 1x, maka terhindarlah ia dari musibah kecuali ajal.

2. Penawar bagi demam panas

Surah Al-Fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, lalu diusap pada muka, tangan dan kaki orang yg mngidap demam panas, insyaAllah akan segera.

3. Hindari kesusahan hidup

Apabila surah ini dibaca berulang kali 7x selepas solat fardhu, insyaAllah org yg mengamalkannya selalu dihindarkan dr segala kesusahan hidup.

4. Rezeki dipermudahkan

Surah ini dibacakan 41x selepas solat Subuh berulang kali, insyaAllah akan dimudahkan rezeki, dan dpt menyelesaikan hutang.

Surah Yaasin

1. Hajat tercapai

Apabila surah ini dibaca 25x ketika hendak berjumpa pembesar negeri, menteri atau sesiapa shaja, dengan izin Allah S.W.T, mereka akan menerimanya dgn penuh hormat dan meluluskan hajatnya.
 
2. Penawar penyakit

Surah ini ditulis ditulis dan direndam dlm air lalu diminum maka sama dgn meminum 1000 mcm ubat yg lain.

3. Pelindung dr ancaman manusia dan jin

Baca surah Yaasin ini 7x sehingga ayat 9 diulangi 7x. InsyaAllah akan dilindungi org yg mengamalkannya dr ancaman manusia atau jin scr kasar atau halus.



Wednesday, June 22, 2011

Kelebihan Garam

Salam kepada rakan2 blogger. Arini aku nak sharing2 sikit lah ngn u ols rahsia garam. Semua orang tahu peranan garam dalam masakan kan, dah tentu nak bagi rase sedap dan menyelerakan. Bayangkan kalo masak gulai lemak tanpa sedikit garam pon, mesti xselera punye. Tapi arini aku bukan setakat nak cite kesedapan garam ni, sebenarnya garam ni merupakan sebahagian penawar terhadap sesetengah penyakit.

Menguatkan Ketahanan Badan di Kawasan Baru

Diriwayatkan bahawa Rasulullah telah mengamalkan amalan makan secubit garam bila tiba ke satu negeri baru. Ini dapat menyesuaikan hawa badan dan menguatkan ketahanan menghadapi angin persekitaran kawasan tersebut.

Memutihkan Gigi

Seseorang yang menghadapi masalah gigi kekuningan disarankan agar menggosok campuran bahan arang kayu bakar dan garam yang telah ditumbuk pada gigi setiap pagi.

Hidung Tersumbat

Bagi individu yg sering hidung tersumbat boleh amalkan cara ni yer. Masukkan sedikit air ke dlm piring kemudian masukkan sedikit garam. Kacau air tersebut dengan jari telunjuk kanan kemudian gunakan jari tersebut utk mengurut-urut hidung dr bawah ke atas berulang kali. Urutan itu mestilah sehala.

Sakit Gaut

Orang yg terkena gaut setelah makan seafood, hendaklah merendam anggota badan yg sakit itu. Dgn cara yg demikian, garam dlm badannya kembali pada tahap normalnya semula.

Meredakan Cirit Birit

Tumbukkan pucuk jambu batu yg muda kemudian dicampurkan dgn sedikit garam lalu dimamah daun tersebut.

Mengurangkan Jerawat dan Resdung

Masukkan sedikit garam ke dlm air yg panas menggelegak, lepas itu letakkan bahagian tertentu itu di atas wap air tersebut.

**Petua-petua di atas di ambil dr buku 'Hadis-hadis perubatan: Pengantar kepada petua tradisional' yg ditulis oleh Hj Hanafi Rahman. Sebenanya byk lg kaedah perubatan yg ditulis tp xlarat nk taip mlm2 ni hehehe. Share info lain di lain ari yer :)


Friday, June 3, 2011

Soalan n Penyata Ganas

Morning!!

Pagi ni rase ngantuk sangat, nak buat keje pon rase malas. Dah la tu kepala lak sakit, nak makan ubat sure mata ni akan bengkak macam digigit tebuan huhu. Ni nak amek semangat sikit sebelom berkeje, nak tanye u ols apa soalan2 & penyataan ganas yang pernah korang dengar hehe. Bunyi pon dah nampak ganas haha. Anak buah aku pernah mengajukan soalan n penyata ganas kat kami sekeluarga, nak taw ape dia. Korang baca la bawah ni....

*

*

*

*

*

*

"Nenek berani x lawan BUAYA??" ( x ke ganas soalan 2??)
"Ucu ni manusia paling pelik di dunia  (sbb suke mandi berjam)"
"Ne papa (mana papa?) " dia tanye mana gmbar papa dia dlm surat kabar metro
"Kat rumah ni ada dinosour yang baru dijumpai (dia rujuk kpd Abg aku sbb badan besar)"
"Aikal sokong Argentina (masa world cup) sbb ada dinosour nama ARGENTINOSOROUS"

:)