HUBUNGAN JARAK JAUH
Tertarik pula bila aku terbaca tips-tips ni kat 1 laman web berkaitan tips mengekalkan hubungan jarak jauh. Wow macam kena je dengan diriku ini huahuahua. Mana tak nya, aku ni duduk KL sedangkan si 'dia' yang aku panggil MLO pula duduk Penang. So aku cuba comparekan tips2 tersebut dengan situasi kitorang.
1. Percaya pada pasangan
Dalam sesuatu hubungan kepercayaan antara satu sama lain adalah faktor paling penting dalam menjana kebahagiaan. Wah ayat aku la plak!!. Kepercayaan wajib ada jika ingin mengekalkan hubungan hingga akhir hayat. Tanpa kepercayaan, perasaan curiga mampu memusnahkan hubungan mana2 pasangan. So, tips pertama ni aku rasa aku telah meletakkan kepercayaan aku pada MLO 85%. Mesti korg tertanya tanya kan mane perginya 15% lagi. Ha itu rahsia yer hik3 ada pulak cam tu kan.
2. Setia walaupon jauh
Yup, kesetiaan ni lagi penting. Kalo pasangan kita dekat macam mana pon tapi xda kesetiaan xguna juga. Sememangnya hubungan jarak jauh ni macam2 dugaan dan cubaan, tapi kita tidak boleh terus mengalah, sebaik nya kita tanamkan sifat setia 2 pada pasangan kita walau apa pon terjadi. Aku ni dulu bukanlah setia mana tetapi MLO banyak mengajar aku erti kesetiaan. Banyak dugaan sebenarnya tapi aku xnak layan org lain dah, nak setia jer sebab setakat ni dia yang terbaik buat aku. Peewiitttttt.
3. Berjumpalah walau seketika
Nama pon hubungan jarak jauh tetapi itu bukan alasan tidak boleh berjumpa. Sebaiknya berjumpalah walau seketika. Macam kami, 3 bulan sekali baru leh jumpa. Itupon 2 hari yang dapat jumpa. Al maklumlah anak bongsu yang sering dimonitor oleh parents. Namun aku bersyukur dengan cara ini batas2 pergaulan ku sentiasa terpelihara.
4. Tanyalah khabar
Jika jarang berjumpa dengan kekasih hati anda, cubalah bertanya khabar selalu. Sebelom tidur hubunginya agar hubungan tu tidak rasa enggang, sebaliknya rasa dekat walaupon jauh. Aku??? bukan sebelom tidur je tapi sepanjang masa mesej hehehe
5. Sambut hari ulangtahun bersama
Hari ulangtahun sudah tentunya menjadi hari yang bermakna bagi setiap individu. Hah apalagi bagi pasangan kekasih kan. Cuba berusaha untuk meraikan hari tersebut dengan cara yang istimewa. Tidak semestinya berjumpa sahaja tetapi boleh juga buat kejutan, cntohnya hadiahkan KERETA terus ke rumah pasangan. Hehehe gempak kan. Setakat ni aku bersyukur gak sebab MLO sentiasa ingat hari itu dan akan turun KL untuk sama2 meraikannya.
Sekian sahaja tips2 hubungan jarak jauh yang telah di 'comparekan' dengan situasi aku & MLO ngeeeee.



1 comments:
hah! MLO? siapa itu? nak tau..nak tau...
Post a Comment