CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 22, 2011

Kelebihan Garam

Salam kepada rakan2 blogger. Arini aku nak sharing2 sikit lah ngn u ols rahsia garam. Semua orang tahu peranan garam dalam masakan kan, dah tentu nak bagi rase sedap dan menyelerakan. Bayangkan kalo masak gulai lemak tanpa sedikit garam pon, mesti xselera punye. Tapi arini aku bukan setakat nak cite kesedapan garam ni, sebenarnya garam ni merupakan sebahagian penawar terhadap sesetengah penyakit.

Menguatkan Ketahanan Badan di Kawasan Baru

Diriwayatkan bahawa Rasulullah telah mengamalkan amalan makan secubit garam bila tiba ke satu negeri baru. Ini dapat menyesuaikan hawa badan dan menguatkan ketahanan menghadapi angin persekitaran kawasan tersebut.

Memutihkan Gigi

Seseorang yang menghadapi masalah gigi kekuningan disarankan agar menggosok campuran bahan arang kayu bakar dan garam yang telah ditumbuk pada gigi setiap pagi.

Hidung Tersumbat

Bagi individu yg sering hidung tersumbat boleh amalkan cara ni yer. Masukkan sedikit air ke dlm piring kemudian masukkan sedikit garam. Kacau air tersebut dengan jari telunjuk kanan kemudian gunakan jari tersebut utk mengurut-urut hidung dr bawah ke atas berulang kali. Urutan itu mestilah sehala.

Sakit Gaut

Orang yg terkena gaut setelah makan seafood, hendaklah merendam anggota badan yg sakit itu. Dgn cara yg demikian, garam dlm badannya kembali pada tahap normalnya semula.

Meredakan Cirit Birit

Tumbukkan pucuk jambu batu yg muda kemudian dicampurkan dgn sedikit garam lalu dimamah daun tersebut.

Mengurangkan Jerawat dan Resdung

Masukkan sedikit garam ke dlm air yg panas menggelegak, lepas itu letakkan bahagian tertentu itu di atas wap air tersebut.

**Petua-petua di atas di ambil dr buku 'Hadis-hadis perubatan: Pengantar kepada petua tradisional' yg ditulis oleh Hj Hanafi Rahman. Sebenanya byk lg kaedah perubatan yg ditulis tp xlarat nk taip mlm2 ni hehehe. Share info lain di lain ari yer :)


0 comments:

Post a Comment