Subhanallah..tidak ku duga dengan kurniaanMu Ya Allah. Kau datangkan ujian untuk ku, Kau berikan dugaan padaku, Kau beri kesempitan terhadap hidupku sehingga aku menitiskan air mata. Kadangkala aku berasa begitu lemah dan putus asa dengan apa yang aku ada. Harapan ibu bapa pula menjadikan aku semakin tertekan. Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka dan mahu menunaikan segala impian mereka, tetapi apakan daya aku xmampu melakukan semua itu. Aku semakin tertekan dengan keperluan harian yang semakin meningkat, saudara kandung sendiri pula datang meminjam duit, nak beri duit pada ibu bapa lagi dan macam2 lagi aku perlu tanggung. Aku menangis kerana xmampu beri apa yang ibu bapaku inginkan tetapi aku bersyukur mereka sangat-sangat memahami keadaan diri ku. Dengan gaji yang xseberapa, bisnes merudum, kerja baru pon xdapat. Hanya pada MU aku berserah dan berdoa, semakin hari aku mendapat kekuatan dan keyakinan. Aku cuba bangkit, aku berusaha gigih bekerja terutama dalam bisnes. Siang malam aku mencari ilmu untuk mengembangkan bisnes dan aku mengambil risiko dengan melabur beli ebook semata mata untuk mengembangkan bisnes aku. Balik saja kerja aku, laptop menjadi peneman sampai malam. Sampai jam 2 pagi aku buat bisnes apetah lagi hari sabtu dan ahad. Tanpa ku duga, rezeki ku kini semakin bertambah. Tanpa ku sangka aku mendapat panggilan temuduga 3 kali dalam masa serentak, tanpa ku sangka bisnes ku semakin mendapat sambutan dan tanpa ku sangka aku mendapat berita yang amat menggembirakan di pejabat. Ya Allah, aku bersyukur sangat2 dengan pemberian Mu. Sememangnya ujian yang Kau berikan mendatangkan kekuatan padaku sehingga aku bangkit dari kegagalan. Aku sedar tanpa usaha yang gigih aku takkan mencapai kejayaan. Kau berikan ku kesempitan untuk aku belajar erti kesyukuran dan kesabaran. Sekali lagi aku menangis tetapi menangis kerana amat bersyukur dengan rezeki dari Ilahi. Syukur Alhamdulillah...
Wednesday, May 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment