CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 6, 2012

Subhanallah

Assalamualaikum warga2 blogger, wah mcm dah lama je tak update blog ni. Eh mmg lama la, dah 3 bulan tu, ermm sume gara-gara frustt. Opsss frustt pe lak ni hehe Its okay, hidup mesti diteruskan.

Ermm berbalik pada title di atas sebenarnye aku rase terharu sesangat dan nak berterima kasih pada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah itu sememangnye Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dia tak akan beri ujian melampaui kemampuan hambaNya. Cume kesabaran dan doa diperlukan untuk lalui semua ujian tu. Nak dijadikan cerita sebenarnya aku dah lama 'stop' bisnes sejak raya baru-baru ni. Tutup kedai sementara la yer bukan betul2 taw. Semua ni sebab my big Boss a.k.a my sister yang agak busy sehingga tak dapat order stok baru. Boleh kata sebulan jugak la aku kekeringan tak ada duit sampingan. Nak harapkan gaji memang cukup-cukup makan jer. Banyak tanggungan kunun-kununnye.

So, tadi aku pon cubalah buat Fbads untuk mempromosi stok-stok baru dengan harapan bulan ni ada sales masuk setelah sebulan berehat. Banyak kali cuba mencuba tak berjaya, actually kali ni dah masuk 3 kali ak buat tak berjaya. Sedangkan dulu boleh jer. Entah di mana silapnya pon aku tak tahu. Hampir nak 'give up' dah, dan aku cuba tanya kat 'sifu' aku (orang yang ajar aku marketing). Dia pon pelik sebab tak pernah jadi kes macam aku. Sampai dia pon tak tahu macam mana nak tolong, tapi disebabkan dia simpati dia sanggup nak offer buatkan nanti. Tengah-tengah sedih yang hampir-hampir nak nanges tu (gedik sangat kan tu pon nak nanges), tetiba hati jadi sejuk bila dia kata nak tolong buatkan. Dalam masa yang sama, tetiba pulak ada customer nak order produk yang aku jual tu siap borong & terus transfer duit. Ya Allah, syukur sangat. Rezeki di malam-malam hari. Rezeki aku bermakna rezeki buat mak ayah juga. Menakjubkan, Allah itu sangat penyayang dan Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Subhanallah. Alhamdulillah. Semoga rezeki yang aku terima ni dapat merealisasi impian mak ayah aku. Ape tu? Rahsia ok hehe. Ok itu je aku nak share ngan you alls. The moral of stories kite jangan cepat mudah berputus asa dan ingatlah Allah tu sentiasa ada masa kita susah dan senang. Janji nak dapatkan sesuatu kene usaha istiqamah, doa dan tawakal. Inshaallah.

Sekian :)

Tuesday, July 17, 2012

Pelamin Anganku Musnah

Ya Allah, berikanlah ku kekuatan dan ketabahan utk ku tempuhi semua ini. Hanya Kau yang Maha Mengetahui dan Memahami. Amat berat utk ku lepaskan orang yang ku sayangi dan kasihi selama ini, namun apa dayaku utk teruskan lagi, segala galanya ku lakukan adalah pengorbanan ku terhadap ibu bapa ku. Berilah petunjuk yang terbaik utk ku Ya Allah. Jika inilah yang terbaik, cekalkanlah hati ku utk ku terima kenyataan ini. 

Wednesday, May 23, 2012

Syukur Ya Allah

Subhanallah..tidak ku duga dengan kurniaanMu Ya Allah. Kau datangkan ujian untuk ku, Kau berikan dugaan padaku, Kau beri kesempitan terhadap hidupku sehingga aku menitiskan air mata. Kadangkala aku berasa begitu lemah dan putus asa dengan apa yang aku ada. Harapan ibu bapa pula menjadikan aku semakin tertekan. Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka dan mahu menunaikan segala impian mereka, tetapi apakan daya aku xmampu melakukan semua itu. Aku semakin tertekan dengan keperluan harian yang semakin meningkat, saudara kandung sendiri pula datang meminjam duit, nak beri duit pada ibu bapa lagi dan macam2 lagi aku perlu tanggung. Aku menangis kerana xmampu beri apa yang ibu bapaku inginkan tetapi aku bersyukur mereka sangat-sangat memahami keadaan diri ku. Dengan gaji yang xseberapa, bisnes merudum, kerja baru pon xdapat. Hanya pada MU aku berserah dan berdoa, semakin hari aku mendapat kekuatan dan keyakinan. Aku cuba bangkit, aku berusaha gigih bekerja terutama dalam bisnes. Siang malam aku mencari ilmu untuk mengembangkan bisnes dan aku mengambil risiko dengan melabur beli ebook semata mata untuk mengembangkan bisnes aku. Balik saja kerja aku, laptop menjadi peneman sampai malam. Sampai jam 2 pagi aku buat bisnes apetah lagi hari sabtu dan ahad. Tanpa ku duga, rezeki ku kini semakin bertambah. Tanpa ku sangka aku mendapat panggilan temuduga 3 kali dalam masa serentak, tanpa ku sangka bisnes ku semakin mendapat sambutan dan tanpa ku sangka aku mendapat berita yang amat menggembirakan di pejabat. Ya Allah, aku bersyukur sangat2 dengan pemberian Mu. Sememangnya ujian yang Kau berikan mendatangkan kekuatan padaku sehingga aku bangkit dari kegagalan. Aku sedar tanpa usaha yang gigih aku takkan mencapai kejayaan. Kau berikan ku kesempitan untuk aku belajar erti kesyukuran dan kesabaran. Sekali lagi aku menangis tetapi menangis kerana amat bersyukur dengan rezeki dari Ilahi. Syukur Alhamdulillah...

Thursday, April 26, 2012

Wedding my brother

Yeay alhamdulillah selesai jua majlis kahwin abangku. (Dah 5 hari baru nak update hehe). Segala-galanye berjalan lancar dan tak banyak masalah. Yang best nyer saat2 akhir baru nak buat sireh junjung. Nasib aku boleh gak buat walaupon tak cantek mane pon huhu. Janji ada ok la tu. Semoga perkahwinan abangku ni akan kekal hingga akhir hayat. Amin.

Ni la pelamin tema Coklat Kuning

Hantaran pihak lelaki. Nampak x bunga telur dan sireh junjung tu. Hasil tangan aku ler hehehehe

Alolorrrr budak comel ni lak anak buah aku yg berusia 3 bulan

Sunday, April 15, 2012

Operasi menyimpan duit

2013... menunggu detik itu

Bermula hari ini aku akan cube berusaha sungguh2 utk berjimat dan tidak membazir duit lagi2 biler nampak makanan hehe. So, simpan duit byk2 utk detik indah itu nanti. InshaAllah.

Saturday, April 14, 2012

Nak koje baghuuuuu

Biler melihat kawan2 baik ku skarang, aku mesti rase bangga sebab dorg ader kerja yang bagus. Jeles? Tipulah kalo aku kata tidak jeles. Sebagai manusia aku mesti rase cemburu sebab dorg dapat ape yg dorg idamkan. Tapi itu semua rezeki masing-masing, aku tumpang gembira sebab dorg kawan baik aku dari kecik. Now, aku sedang berusaha bersungguh-sungguh cari kerja lain. Siang malam aku cari kerja yang bersesuaian. Harap-harap aku akan dapat berita baik ni. Jika tidak pon, aku tawakal, janji aku berusaha daripada tak berusaha. 

Sometimes orang akan bercakap "syukur je la apa yang ader". Eh, cari kerja len bererti tak bersyukur ker? Banyak faktor sebenarnye. Aku nak cari kerja len sebab nak cari pengalaman dan pengetahuan baru, aku dah setahun lebih bekerja dan tidak pernah bekerja dengan company len. Mungkin tugas yang ada skarang aku tak dapat laksanakan sebaik mungkin, dan mungkin di company len aku boleh melakukannye. Bak kata abang aku, mungkin skarang kite bukan yang terbaik, tapi di tempat lain kita boleh jadi yang terbaik. Sebab environment boleh mempengaruhi kn. 

Dan tentunye pendapatan yang lebih gak mendorong aku mencari kerja len huhuhu. Bukan kata aku tak bersyukur, tapi aku nak sangat merealisasikan hasrat mak ayah aku yang dari dulu tak tercapai. Masa pengajian dulu aku dah pernah beri harapan, skarang aku nak tunaikan ape yang dorg inginkan. Semoga impian ni tercapai. Apa yang aku nak lakukan skarang ialah DUIT = Doa, Usaha & Ikhtiar, Tawakal.
Amin.


Tuesday, March 27, 2012

Miss Someone

Since last month, asek teringat n terbayang jer kat someone. Rase macam dah rindu sangat dah ni, Sebulan tak jumpe memang rindu lah. Apa yg surprise bler dapat gambar tebaru dia. Wah terujanya, seriously sangat teruja k. Sebabnya banyak dah berubah hanya dalam masa 1 bulan jer tak jumpe. Dulu kulit gelap, skang bekulit putih, dulu halus sesangat, skang tembam dah tapi cute. Rambut cantik, lurus tak perlu rebonding hik3. Tapi hidung tetap maintain 'kombang' hehe. Kombang2 pon syukur dah. Rindu r dia.....

*
*
*
*
Rindu Zara, my lovely niece, 2months old.  

Monday, March 5, 2012

Aku cantik ibarat BULAN?

"Suka tengok muka awak, macam BULAN
Dari jauh cantik macam bulan
Dari DEKAT lagilah cantik macam BULAN"

Dushhh!!!!! Nak kata muka aku banyak parut jerawat la tu, huh...
Tapi tu lah yang aku suka kat dia, SANGAT JUJUR hehehe 

Sunday, February 26, 2012

Aku dah tua??

Aku dah tua?

Tidaakkkkk!!!!!!

Tak tak, aku muda lagi, 25 baru...(nak sedapkan hati)

Let me check first 1 by 1:

Dulu berisi skang kurus sangat

Dulu putih skang gelap

Dulu kulit cantik skang bjerawat n kedut2 halus mula klihatan

Dulu pendek skang pendek gak huk2

Ok, fine...skang aku ngaku aku memang tua 


Saturday, February 11, 2012

Si notty boy....Umar

Si notty boy....Umar

Smile.....

Ensemmmm..

Umar with 'muke cantikk'

Rehat jap dr Maen 'ayi2' (lari2)

Excited maen

Arghhhh stresssssnye

Botol susu lg besar dr tuan badan huhu

Comelkan? tapi notty sesangat..xreti duk diam, berlari jer keje dia....

Tuesday, February 7, 2012

Impian 2012

Dah jadi kebiasaannya setiap orang pasang impian tiap kali menjelang tahun baru, yer kan? Sama la aku sendiri banyak impian yang ingin dilaksanakan pada tahun 2012 ni. Tapi tak tahu la semuanya boleh tercapai ke tidak. Just berusaha, berdoa dan tawakal je la. Herm ni la impian-impian aku tahun ni huhuhu

1. Beli kereta (masih fikir nak beli kereta apa)

2. Cari rumah lain yang lebih luas dan beri keselesaan kat Mak Ayah

3. Dapat Kerja tetap dan yang lebih baik

4. Kawen (sbb semua orang dah risau aku tak kawen2 wlupon umur baru 25 tahun)

5. Berjaya dengan sukses nye dalam bisnes


So, macam mane dengan korang? Anyway, ape2pon impian kita tu terlaksana or tak, jangan berputus asa, mungkin tahun berikutnya terlaksana. Sama-sama la doakannya ok. Nite.

Monday, December 5, 2011

Pertunangan Abangku

Alhamdulillah syukur terhadap Allah SWT sbb majlis pertunangan abangku semalam berjalan lancar. Walaupon perjalann ke umah pihak perempuan sangat 'mencabar', tapi selesai juga dgn gembira. Badan ni pon keletihan sangat2. Perjalanan ambil masa 2 jam lebih je tapi 'ponek' tol la. Aku rase kalau pergi Kedah 7 jam pon xletih macam ni sebabnye jalan lurus jer. Tapi berbeza dengan tempat ni, sepanjang jalan bengkang bengkok, kiri bukit kanan gaung, dah 2 jalan berlubang-lubang, pegang lak barang hantaran, kereta plak sempit dengan barang hantaran. Time balik lagi la ikut jalan 'Genting Peras', jalan yg plg aku xsuke walaupon dah slalu gune, adoiii. Anyway, aku tetap puas ati akhirnye ada juga abang aku yang pecahkan rekod untuk mendirikan umah tangga. Alhamdulillah..

Wednesday, November 9, 2011

I LoVe U LiKe a LoVe SoNG, MLO


I LoVe U LiKe a LoVe SoNG, Baby


Sunday, November 6, 2011

Sekali lagi di tag

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua blogger & reader.

Hari tu aku baru follow blog Ayie ni, tup2 dia dah tag ak dalam 1 segmen hehehe apa2 pon thanks yer, sbb aku ni pon xda idea nk masuk entry ape. So layan jap soalan2 dr segmen ni. 

Peraturan Tag:

  1. tak boleh tag semula orang yang sama.
  2. letakkan semua peraturan ini (rules) di dalam entri.tag 11 orang dan linkkan di dalam entri.
  3. pastikan mereka tahu mereka telah ditag.
  4. ceritakan 11 perkara mengenai diri di dalam entri.
  5. jawab semua soalan yang telah diberi oleh orang yang tag anda, kemudian buat 11 soalan khas untuk mereka yang kena tag pulak.
11 perkara mengenai aku @ Cencema gurl.
1. Obses dengan color purple
2. Suke makan aiskrim, coklat, durian
3. Minat menjahit n penah bercita-cita jadi pereka fesyen
4. Sangat minat memasak walaupon malas.
5. Mudah terpikat dengan 'lelaki kelakar' hehehe
6. Lebih suke mendengar dari bercakap
7. Bila bercakap dengan seseorang, xpernah fokus kat mata org 2, mst pandang tempat len
8. Mase kecik2 xpernah minat men ngn bear, bile dah dewasa ngada2 lak nak men ngn teddy bear hahaha
9. Teruja dgn environment yg tenang, lbh2 ag kawasan hutan2, gunung-ganang, rase mcm ilang pressure
10. Dlm adik-beradik aku yg aneh skt kot huhuhu dr segi ketinggian n kulit berbeza betul dgn beradik yg len
11. X suke tgk drama2, baik drama melayu omputih or ape2 je, lbh suke tgk prgram komedi realiti like raja lawak.

Jawapan daripada soalan Ayie :
 
1.  nama manja anda?
Azie je, xmanja mana pon


2. sekolah pertama anda?
Sek Ren Keb Taman Sri Rampai
 
3. cikgu favourite masa tingkatan 1?
Cikgu Erni
 
4. makanan kegemaran?
Of course Tom Yam
 
5.minuman kegemaran?
Xlain xbukan, MILO la n yg ada rase coklat
 
6. pendapat anda bagi blogger gemuk?
 No comment hehehe sape2 je leh berblog
 
7. pendapat anda dengan blogger kaya?
Proud wif them, teringin nak jadi cm tu, doakan yer u ols

8. pendapat anda tentang blog AYIE?
Nice, no wonder i followed him
 
9. kenapa follow blog AYIE?
Entry dia simple, sempoi, smart
 
10. perasaan bila kene tag?
Teruja ahaksss baru follow dah kene tag, tq yer

11. berapa lama masa nak jawab tag?
 Lama jugak la, dah rase cm artis dah ni nk jwb soalan reporter


11 blogger yg aku nak tag plak , tp jgn marah yer

1. JUSZ
10. EZUMIE

11 soalan untuk korang jawab (xpaksa pon)

1. Kenangan manis korang masa sekolah
2. Kenangan pahit korang plak mase sekolah
3. Perkara plg lucu yg korang masih ingat
4. Tempat yg korang idam2 kn utk pergi melancong
5. Binatang yang korang plg takut, n kenapa
6. Tabiat pelik yg org xtaw tentang korang
7. Pendapat orang tentang kebaikan ber'blog'
8. Kalo korang ada duit 1 juta ape yg korang lakukan dgn duit tu
9. Berapa kerap korang layan blog 
10. Strategi korang utk 'up' kan visitor blog
11. Berapa lame korang amek masa tuk jawab soalan ni
 
Sekian itu saja, tataaaaa..........


Thursday, November 3, 2011

My Anniversary

3 November 2011!!!!

Hari ni genap dah setahun aku bekerja dan timba pengalaman. Bila diingat balik banyak peristiwa, kenangan sama ada kenangan manis atau pahit aku lalui. Walaupon baru setahun jagung orang kata tapi aku rasa terlalu banyak benda yang berlaku sepanjang aku kerja.

1st Day Kerja

Aku diperkenalkan kat staff2 situ dan ter'istimewa' manager aku sendiri iaitu 'Ms I'. Baru 1st day tapi dah mcm2 aku dengar pasal dia, ada yg siap warning aku suh beware ngn dia. Aduhhhh ape ni???? baru 1st day dah mcm2 org 'cucuk' aku dgn mcm2 citer. At least bg la support dulu kn.

1st month - 6th month

Waaaaa stressssnyeeeee!!!!! Time ni aku rase sangat stres and pressure. Pressure dgn 'Ms I', pressure dgn environment at my office, pressure with my colleague cos suke mengapi-api citer, pressure lg dgn keje-keje insuran (br2 nk blaja insuran), n of course plg pressure dgn management yg xbsistematik tu. Banyak kali aku mencari keje sampi 2 or 3 kali dpt called interview. Tapi disebabkan fobia aku sampi xberani nak cari keje len sbb riso "kua mulut singa masuk mulut buaya". Akhirnya aku bertahan juga hingga lah 1 ari my office digemparkn pula brita yg mengejutkan mengenai 'Ms I'.  At last, she resigned, hepinye xterkire.

7th month - 10th month

Now, management have changed. Konon2 nye masing2 tarik nafas lega dan mgharapkan 'something' spesel include bonus and others. Sayang, indah khabar dr rupe. Sekejap je prasaan hepi tu. Makin pressure dibuatnye. Buat itu xkena buat ini xkena, segala2nya xkenalah. Sometime aku rase sgt fedap nak g keje tp itu la cabarannye org bekeje kn. Terpaksa telan gak la. Xlama kemudian new manager aku ni iaitu 'En. S' pon resigned gak atas reason xnk smbg contract.

11th month - now

Banyak experience aku pelajari yg mane dlu aku xtaw tp skang aku mahir n the most important are experience ni la yg mengajar aku erti kesabaran, kecekalan, kemahiran, kerajinan & kegigihan bekerja. Kena marah, kena maki, kena tengking dan kena buli semua aku dah lalui. Balik rumah aku cube muhasabah diri. Aku patut bersyukur ke atas mase2 yg aku dah lalui semua tu. 'Ms I' & 'En. S' la yg telah ajar aku insuran, smartpay, n other scope of work. TQ 'Ms I' & 'Mr S'! If aku diberi pluang kerja tempat len, aku x akn lupekan d mana 1st job aku ni. X lupa juge my frens yg sgt2 best n d sayangi especially HRA Team. Luv u alls. Tanpa dorang mustahil aku akn bertahan sampi skang.

Sunday, October 30, 2011

Hoben Jang Hoben

Yeayyyyyyyyy Negeri Sembilan menang bola semalam.... yeayyyy

Penuh excited den nengok semalam ha, frust bilo Terengganu dah gol 1, tapi last2 N9 pulak gol kan 2 heheh

Cayalah, N9 You r Superbbbbbbbb lah. Walaupon den ni bukan lah anak jati nogori, tapi kiro den ni anak nogori jugak lah ha sobab omak den oghang Jolobu hehehe

Hoben Jang Hoben

Saturday, October 22, 2011

Dilema

Waduh2 penyakit confuse datang lg ni, dlm dilema pulak. Apa yang korang akan buat if someone tibe2 propose nak datang meminang, sedangkan itu bukan orang yg diharapkan. Ermmm....nothing to say.. 

Friday, October 21, 2011

So sweet :)

So sweet :)



Thursday, October 20, 2011

Segmen Cencema di Dapur

Syukur Ya Allah, arini mak dah boleh bangun walaupon dia xmampu berjalan sangat. Semalam balik jer kerja agak terkejut gak la sebab ingatkan mak demam biasa jer, tapi ayah btaw mak termuntah-muntah dan xbangun dari siang. Aduhh risau gak dengar, sebab mak jarang sangat sakit ni. Lagipon doktor baru jer btaw darah tinggi mak dah baek dan xperlu makan ubat lagi. Disebabkan risau sangat terpaksa la aku amek cuti kerja. Terima kasih kat kawan-kawan yang doakan mak aku semalam yer. 

Haa so arini aku la yang amek tugas mak di ari bekerja. Pagi-pagi dah aku selongkar peti ais tgk ape yang boleh dimasak, tepi sedihnye xbanyak bahan yang ade. Ditambah lak malas nak ke kedai, so masak je r yang ada, simple2 je. 

Taraaaaaaa.................


Ni Daging Masak Kicap requested by my dad. 





Ni masak Asam Rebus tanpa Daun kesum n Serai hahahaha Malas punya pasal nak g kedai so ini la jadinya, janji sedap hehehe

Monday, October 10, 2011

:)

Waaa sakitnye badan ni.. sape nak tlg pijak blkg ni, sengal2 dah ni.

Tu la dah lame xbsenam tibe2 nak terus berlari (gune mesin gym) selama 45minute tanpa stretching... bestttt sangat, bile nak nek turun tangga plg bestttt....sakit wooo

So sape2 nk ubatkan ak ni btaw ek hahahah