Yang sentiasa menerangi kehidupanku
Ibu, kau ibarat buku
Yang mendidik dan mengajarku menjadi anak yang bijak
Ibu, kau ibarat tongkat
Yang membimbingku menjadi anak yang solehah
Ibu, begitu mulianya dirimu di dunia ini. Siapalah aku tanpamu ibu. Terlalu sukar untuk aku balas semua pengorbanan dan kebaikan yang ibu taburkan kepadaku. Dari kecil hinggalah dewasa, ibu tidak pernah serik memberi nasihat dan peransang kepadaku walaupon kadangkala ianya berbaur leteran. Tetapi aku paham semua tujuan ibu itu adalah semata-mata memberi kesedaran terhadap kekhilafan aku.
12 tahun
"Azie, dah balik sekolah tukar baju tu, ni dah malam baru la nak mandi"
14 tahun
"Azie, nak merayap mana lagi tu, tak reti2 nak duk rumah? Balik je sekolah mula la nak merayap"
17 tahun
"Azie, ko nak belajar ke tak nak. Asek dengar lagu jer, mak tak nampak pon ko belajar"
19 tahun
" Azie, pakaila baju sopan sikit, pakai tudung tapi ketat, bagus sangat la tu?"
21 tahun
Azie, dah masuk U ni belajar betul2, dapatkan pointer bagus"
23 tahun
"Azie, lepas habis belajar mak nak ko belajar semua masakan, kang sampai tua tak reti"
Herm ayat2 tu dah jadi asam garam dalam hidupku, tapi aku bersyukur memiliki ibu. Walau pon aku seorang yang degil tapi aku sedar semua kata2 ibu benar. Kini, aku belajar menjadi anak yang mendengar kata dan cuba menjadi anak seperti yang diharapkan oleh ibu. Semuanya kerana aku SAYANG IBU.
LUV U SO MUCH, IBU!!!



0 comments:
Post a Comment