Salam...
Lama betol saya tak updated blog ni. Busy sangat katakan hehehe (busy ler sangat). Rasanya tak terlambat saya nak cerita pengalaman masa kecik-kecik dulu. Bila datangnye hari Maulud Nabi ni teringat la plak zaman kanak-kanak ribena hehe. Dulu lepas je habis sekolah, aku rehat2 kejap konon nak baring tp baru jer nak baring mak aku dah bising dah suh mandi. Sebabnye aku kene g surau plak ader kelas agama. Tapi dek kerana aku ni degil orangnye (hehe) aku terus tido n tak g kelas langsung. Ikut rekod sekolah agama aku memang teruk r mana taknya sebulan brapa hari je aku g. Bile hari maulidur rasul semakin hampir banyak aktiviti kat sekolah agama aku ni, antaranya pertandingan nasyid la, pertandingan tulisan khat la, tilawah al-Quran la dan berarak sekeliling kawasan umah aku ni. Yang best nya sume aktiviti tu aku tak join pon, malas dan degil katakan hehe. Tapi aku suke terlibat dengan perarakan. Memang seronok la berarak ramai-ramai. Masa kecik-kecik dulu besela biler nak berarak ustaz2 suh berbaris lurus2, angkat tangan ke bahu rakan di hadapan. Time berarak lak berselawat nabi dengan penh semangat. Tapi yang lucunya, semangat tu sekerat jalan je. Sampai sekerat jalan apelagi beborak ngn kawan2 bergelak ketawa. Siap bertepuk tampar lagi, dah tu main tarik2 tudung hahaha memang kitorang dapat hadiah dari ustaz2 n ustazah time tu gak. Fuh, hebat tol cubitan ustazah tu sampai berbekas kat lengan aku. Tu la perkara yang baik jangan diperlekeh-lekehkan, tak baik. Tapi itu masa kecik2 dulu jer taw skang tak buat ag hehe. Bertaubat dah.
P/S* - Kepada kawan-kawan sekalian, time Maulidur Rasul ni la kite kene sentiasa ingat terhadap jasa-jasa Rasulullah dan kisah2nye trutama perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar islam. Walau bagaimanapun, tak semestinya hari lain kite xperlu ingat Baginda. Sentiasalah berselawat ke atasnya agar hidup kita lebih dirahmati dan menandakan kita menyanyangi nya.



0 comments:
Post a Comment