Terdetik hati aku untuk bercerita mengenai seseorang yang sangat istimewa bagiku. Insan ini adalah insan yang amat aku sayangi dan cintai. Insan ni banyak memberi aku sokongan dan dorongan. Tanpa beliau siapalah aku dan tanpa beliau juga tidak mungkin aku menjadi insan yang berguna (ehem2 hahaha). Setiap kali ader masalah dia lah yang menjadi pengubat hati, lihat saja muka dia "ah sejuknyer hati". Kalo kesunyian dialah yang menceriakan keadaan dengan gelak tawa dan cerita lucunya. Dia seorang yang sangat kelakar, baik hati, penyayang, bertanggungjawab, peramah dan segala-galanya lah. Dia jugalah yang sering membimbing ku terutama dari aspek pergaulan dan solat. Wah istimewanya dia di hati ku. Dialah insan yang bernama Zulkifli Hassanuddin iaitu bapaku. Terima kasih ayah atas segala jasa2 dan pengorbananmu dalam mendidik serta beri kasih sayang kpd kami skeluarga.
Wednesday, February 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment