CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 30, 2011

Menariknya Perlis Indera Kayangan

Whassup2...

Skang ni time lunch kan, u ols dah makan ke lom. Arini aku hanya makan berbekalkan nasi goreng yg dibawa dari rumah. Skang ni nak bjimat cermat sikit sebab nak kumpul duit banyak2 untuk ............ hehehe tapi bila lunch ni teringat pulak kat Perlis. Wah rindunyaaa di situ. 

Walaupon Perlis sebuah negeri terpencil dan kecil di Malaysia ni tapi aku suka sangat sebab banyak kenangan aku kat situ. Lebih-lebih lagi situ la tempat di mana aku bersiar-siar jalan-jalan cari makan dengan teman2 kolej & buah hati (MLO). Macam tak percaya dah setahun aku xpergi situ sebab dah habis belajar kat UUM. Paling dirindui mestilah makanan seafood nya, paling beshhhh sotong goreng tepung dan kerang bakar. Fuhh sedap x ingat, makan lak dengan si 'dia' ahakkk3. Apa-apa pon aku akan pergi lagi situ dengan family mengungkap kenangan silam, chewahhh ayattttt.....

Peberet aku ni sotong goreng tepung

Peberet kedua aku kerang bakar, cicah lak dengan cili kicap, fuhhhhh....

Gua Kelam, xder pe yg istimewa sgt sini tp sgt bermakna bagi aku :)

Tasik Melati, first time pergi masa last sem, thanks MLO...

Taman Ular

Harum Manis, kalo pergi Perlis xsah rasenya kalo xbeli


 (Gambar: sumber dr google)

Thursday, May 26, 2011

Peristiwa Memalukan

Monink!!!

Tringin lak nak share ngn u ols something. Haa ape dia ek? Penah x korang alami peristiwa yang memalukan dan xboleh dilupakan sehingga skarang. Kalo aku banyak sangat kejadian kot tapi nak cerita 2 peristiwa jer.

First skali peristiwa ni berlaku masa aku kecik n remaja. Time 2 masih comel lagi la hik3 perasan lak yer. Aku pergi pasar malam bersama mak aku time 2. Masih ingat lagi mak aku ni pakai baju kelawar  ungu disebabkan sebelah umah je. Bila nak beli makanan aku berpecah ngn mak aku cari makanan masing-masing. Aku pon order la apam balik, tapi disebabkan ramai orang yang beli sama terpaksa la aku menunggu lebih lama. Selepas beberapa minit ada orang kat belakang aku macam nak rapat-rapat ngn aku. Aku pon pusing la nampak baju kelawar warna ungu 2, mak aku rupanya. Terkejut aku sebab banyak tol makanan dia beli, aku plak yang excited tgk. Aku dgn berani dan confident amek sate 1 cucuk dalam plastik yang mak aku pegang. Bila aku dah pegang sate 2 baru aku tgk muka mak aku. ALAMAK!!!! SAPE NI???? bukan mak aku la!!!! dgn muka tebal aku masukkan blk sate 2 dlm plastik n mtk maaf kat makcik 2 salah orang. Sengal kan, macam mana aku leh tgk baju kelawar ungu 2 tanpa tgk muke org 2. kan dah malu!!!

Second ni pon lebih kurg sama gak ceritenye. Peristiwa ni berlaku awal tahun ni, kira fresh lagi la huhu. Akak aku yang tinggal kat Port Dickson datang kat rumah bermalam 3 ari disebabkan husband nye ade urusan kat KL. Tetiba dia cakap teringin nak makan McD malam2 tu, so dia pon order la McD Delivery. Lebih kurang 15 minit kemudian kitorg nmpak ada Motor yang ada box kat belakang. Wah kitorg pon puji la McD ni menepati masa, btol2 15 minit dah sampai parking depan rumah. Tapi masa 2 hanya nampak mcm bayang2 disebabkan lampu kat block aku rosak. Akak dah prepare duit nak bayar la kononnya. Yang peliknya org 2 lalu depan rumah kitorg xberenti pon. Aku fikir mesti org ni xjumpe rumah kitorg. Aku pon keluar la tgk lelaki td berdiri depan rumah jiran sambil memegang makanan. Aku panggil dia 'dtg kat sini,kitorg yang order'. Tup2 jiran aku ni bukak pintu rumah dia, so terpancar la cahaya lampu dr rumah sampai luar rumah. Masa 2 baru terang aku nampak wajah lelaki 2. ALAMAK!!!!! SEKALI LAGI AKU TERTIPU. Rupa-rupanya lelaki 2 husband jiran aku la, kebetulan dia bekerja sebagai penghantar Pizza Delivery 2. Aku pon mtk maaf la kat jiran aku 2 hehehe sume salah lampu, kalo lampu xrosak 1 blok xkan jadi peristiwa ni ( kesian kau lampu dipersalahkan lak ). Sejak ari 2 aku asek kena ketawa oleh akak n abg2 aku. Malu pon ader.

Ermmm hope lepas ni aku lebih berhati-hati nak tegur org. Xnak lagi peristiwa berulang, memalukan diri je huhu...

eeee malunyeeeeee.....

Tuesday, May 24, 2011

5 Soalan 5 Jawapan 5 Tag

Hye pe kaba u ols, lame kan xupdated. Xtaw dah nak masuk entry ape, xader idea la, ni pon Kak Izan tag my blog kan. So, azie jawab yer kak izan.

5 tarikh penting

My besday laa..opkos kan hehe
Besday my family
Besday 'buah hati' :)
Membe2 rapat punye besday
Anniversary ku & 'dia' wah wah wah

5 perkara dibuat semalam

Basuh baju yg bertimbun 2 huhu
Tengok tb (ulangan konsert af & maharaja lawak)
Cek bisnez yg tergendala 
Tidoq (demam kejap smlm)
Dengar lagu sambil baring (hobi plg peberet ni)

5 perkara buat korang hepi

Lepak n borak2 dgn kawan2 (time ni la leh gelak2 n gosip, opssss)
Layan lagu rancak2
Ngadap laptop 'berbisnez'
Makan coklat n aiskrim
Dapat hadiah bez2 hehehe

5 sebab jawab soalan ni
Xder keje time lunch ni kan
Bosan/boring + ngantuk
Dah lama x update blog ni
Memenuhi request dr Kak Izan
Boleh share2 dgn u ols laa

5 kawan yang nak di tag


Nama yg di tag ni jgn marah yer, saje2 jer ngeee~
Ok, dah jawab dah sume soalan2 di atas, if ader sape2 nak share jugak sila2kan yer...


Monday, April 18, 2011

Info yang aku sendiri tak tahu sebelum ni.

Morning and gud day 2 all!!

Di pagi yang mulia ini saya ingin berkongsi fakta-fakta menarik kepada anda. Cewah macam nak bersyarah lak ayat kan. Hehehe..

Sebenarnya aku ni memang suka baca-baca tentang fakta-fakta or info yang menarik. Sumber rujukan dah tentu la dari buku yang abg aku belikan, kalo nak harapkan aku yang beli memang tak lah kan hehe. Erm tapi kali ni aku baca dekat intenet je, sama ada fakta ni sahih atau tak, aku xpasti yer. Walau mcm mane pon aku rase menarik gak info ni, so aku share juga la kat korg yer.

1) Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

2) Secara purata, setiap orang akan makan 51kg bahan perasa termasuk gula dan garam setahun.

3) Secara purata, kita menuturkan 30ribu perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit.Wow, maknanya dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9ribu perkataan.

4) Manusia akan hilang sebanyak 50% deria rasa pada usia 60 tahun.

5) Manusia bernafas kira2 23ribu kali dalam tempoh 24 jam.

** (Sumber: Khairul Hazman)

Sunday, April 17, 2011

Bila Kebosanan Melanda Diri

Hye u oll's lame xupdate blog. Bukan malas nak masukkan entri tapi xder citer pon nak update huhu. Camne dengan holiday korg weekend ni. Mesti ramai yang pergi bercuti, tengok wayang la, main boling la dan macam-macam lagi kan. Bestnyerr korg kan. Aku ni hujung-hujung minggu terperap kat rumah je la, nak keluar habis duit. Kan best kalo ader yang nak sponsor hahaha gurau jer. 

Walau macam mana pon, aku kena bersabar sebab minggu depan aku akan keluar sakan macam u olls hehe. Keluar pergi mane?? Dengan sape?? hehe itu semua rahsia. Ermm weekend ni aku relex2 dulu tenangkan fikiran, santai2 kan badan. Sekarang ni kalo aku bosan televisyen la teman aku. Rancangan paling aku suka sekarang ni sudah tentu Maharaja Lawak yang tengah hangat sekarang, chewah hik3. 

Tengok banyak kali pon aku xkisah sebab aku memang suke rancangan komedi2 ni berbanding drama 'Cinta'. Boleh lemas aku mengadap tv kalo layan drama cinta2 sedih2 ni. So, berbalik topik tadi tentang maharaja lawak korg vote sape yer? Aku ni nak vote2 maaf la habiskan duit jer tapi ape2 pon aku suka and harap sangat Jozan, Nabil dan Sepah menang!! Korang memang bestt.
Cayalah..

Tuesday, March 8, 2011

Atuk n Cucu

Salam,


Seronok lak bila teringat ayah dan anak buah aku berbual. Lucu pon ader.


Kisah 1


Haikal : Atuk pandai cakap English tak?
Atuk : Pandai. Tanye je atuk mesti taw.


Haikal: What is your name?
Atuk : YES ( dengan confident nye)
Haikal : Atuukkk...haikal tanye siapa name atuk la.
Atuk : Yeke


Haikal : How old are you?
Atuk : NO ( dengan selamba lg menjawab)
Haikal : Ape atuk ni, haikal tanye brapa umur atuk...
Atuk: Tak betol ke


Haikal : What is your father name?
Atuk : All rightttttttttt...
Haikal : Astaghfirullahhhhh....


hehehe...


Kisah 2


Anak buah aku ni suke bertanye kat atuk dia, atuk dia lak suke mengenakan cucunye. Hermmm so.......


Haikal : Atuk slalu gi zoo tak?
Atuk: Slalu (dengan selambanya)


Haikal : Haiwan ape yang slalu atuk jumpe?
Atuk : Haiwan yang suke terbang?


Haikal : Ape dia tuk ( bajet burung ke bangau ke)
Atuk : LANGAU....
Haikal : Atuuuuuuuukkkkkkkk


Kisah 3


Anak buah aku excited bercerite pasal sukan kat sekolah dia dengan ibunya.


Haikal : Tadi haikal sukan lari dapat no 4 ibu.
Ibu : No 4? (boleh tahan). Brapa ramai yang masuk lari.
Haikal : 4 ibu. (ader 4 umah sukan)
Ibu : ?@%$&


Ermm budak-budak kalo berborak mcm 2 la kan hehehe 

Thursday, February 24, 2011

IBU

Ibu, kau ibarat pelita
Yang sentiasa menerangi kehidupanku
Ibu, kau ibarat buku
Yang mendidik dan mengajarku menjadi anak yang bijak
Ibu, kau ibarat tongkat
Yang membimbingku menjadi anak yang solehah


Ibu, begitu mulianya dirimu di dunia ini. Siapalah aku tanpamu ibu. Terlalu sukar untuk aku balas semua pengorbanan dan kebaikan yang ibu taburkan kepadaku. Dari kecil hinggalah dewasa, ibu tidak pernah serik memberi nasihat dan peransang kepadaku walaupon kadangkala ianya berbaur leteran. Tetapi aku paham semua tujuan ibu itu adalah semata-mata memberi kesedaran terhadap kekhilafan aku.

12 tahun


"Azie, dah balik sekolah tukar baju tu, ni dah malam baru la nak mandi"


14 tahun


"Azie, nak merayap mana lagi tu, tak reti2 nak duk rumah? Balik je sekolah mula la nak merayap"


17 tahun


"Azie, ko nak belajar ke tak nak. Asek dengar lagu jer, mak tak nampak pon ko belajar"


19 tahun


" Azie, pakaila baju sopan sikit, pakai tudung tapi ketat, bagus sangat la tu?"


21 tahun


Azie, dah masuk U ni belajar betul2, dapatkan pointer bagus"


23 tahun


"Azie, lepas habis belajar mak nak ko belajar semua masakan, kang sampai tua tak reti"




Herm ayat2 tu dah jadi asam garam dalam hidupku, tapi aku bersyukur memiliki ibu. Walau pon aku seorang yang degil tapi aku sedar semua kata2 ibu benar. Kini, aku belajar menjadi anak yang mendengar kata dan cuba menjadi anak seperti yang diharapkan oleh ibu. Semuanya kerana aku SAYANG IBU.


LUV U SO MUCH, IBU!!!

Awan Nano

Love this song. Hafiz - Awan Nano


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Wednesday, February 23, 2011

The Great Friends


Wassup2!! 

Eh leh lupa lak nk bg salam. Salam semua hehehe

U olls apa kabar, malam2 ni buat ape. Aku malam2 bese la ngadap laptop ni sampai nak menanah mata hehehe.
Bese malam2 ni rase bosan sikit, balik keje penat so duk rehat2 je la. Sometime duk rehat2 teringat lak kat kawan2 aku, ape diaorang tengah buat skang ni yer. Herm teringin lak nak berkongsi cerita mengenai kawan2 aku ni. Aku dah anggap diaorang ni SUPER DUPER BEZFREN dah huhu. 

Yang first ni namanye Siti Zahirah atau glemernye AH hehehe Dia lah kawan baik aku dari kecik ag. Aku kenal  dia dari tadika tu. Yang best nya kitorang dari dlu mmg kamcing tersangat sangat sampai lah sekarang ni. Ape yang istimewanya dia ni seorang yang sangat giler2, kelakar, baik, happening, pandai dan opsssss..... xleh puji banyak2 r kang kembang lak hidung dia hahaha. Setiap kali jumpe mesti tak kering gusi aku di buatnya. Macam2 kenangan manis, pahit, masam payau semua ade la termasuk dikejar oleh Abang Pagal, ponteng sekolah, mandi sungai dan mcm2 ag. Bila diingat balik mesti aku tersenyum keseorangan hehehe. Thanks AH ko mmg kawan baik yang baik hik3.


Ini lah AH mase kitorang jalan2 cuci mata di Batu Feringgi



Yang lagi seorang ni plak membe yang aku kenali di UUM, tempat pengajianku. Dialah roomate aku dari semester 1 sampai 3. Namanya Tiey berasal dari terengganu. Seronoknya berkawan dengan dia sebab dia seorang yang giler2, peramah, suke window shopping sama mcm aku, boleh lepak bgosip hahaha boleh kata enjoy sangat geng ngn dia ni. Paling tak leh lupa kitorang sering tengok movie nite tapi dalam bilik la gune laptop huhuhu best giler tengok cerita hantu dgn dia ni, belum start cerita tangan dah tutup mata hahaha tapi 2 yang buat aku suke 2, enjoy jer tengok.


Mek tiey yang cun (saja jer puji lebih2 hehe)



Haaa yang last ni aku nak kenalkan membe yang baru aku kenal ketika kami sama2 praktikal di Department Pentadbiran. Haa walaupon baru je kenal tapi aku hepi r geng ngn dia. Ermm sebab ape yer, sebab kitorang serasi kot hehehe and skang pon kitorang berkeje company yang sama, department sama, meja sebelah2 jer, tak tahan tu. Paling aku suke kat dia ni sebab gelak dia 2 kelakar sangat. Sape2 yang kawan dia ni mesti tahu dia suke ketawa, biler tensen pon jadi hepi maaa. Name dia Jus, bukan jus oren jus epal or sbagainye yer, tapi Jusfahazlin. Kat ofis ader plak name glemer dia, Jusfa hak3 nyampah... 







Cik Jusfa ni rajin orangnye, tgk 2 bt keje pon senyum jer hahaha jangan marah jusz...


Insan Teristimewa

Salam u olls,

Terdetik hati aku untuk bercerita mengenai seseorang yang sangat istimewa bagiku. Insan ini adalah insan yang amat aku sayangi dan cintai. Insan ni banyak memberi aku sokongan dan dorongan. Tanpa beliau siapalah aku dan tanpa beliau juga tidak mungkin aku menjadi insan yang berguna (ehem2 hahaha). Setiap kali ader masalah dia lah yang menjadi pengubat hati, lihat saja muka dia "ah sejuknyer hati". Kalo kesunyian dialah yang menceriakan keadaan dengan gelak tawa dan cerita lucunya. Dia seorang yang sangat kelakar, baik hati, penyayang, bertanggungjawab, peramah dan segala-galanya lah. Dia jugalah yang sering membimbing ku  terutama dari aspek pergaulan dan solat. Wah istimewanya dia di hati ku. Dialah insan yang bernama Zulkifli Hassanuddin iaitu bapaku. Terima kasih ayah atas segala jasa2 dan pengorbananmu dalam mendidik serta beri kasih sayang kpd kami skeluarga.

Sunday, February 20, 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam...

Lama betol saya tak updated blog ni. Busy sangat katakan hehehe (busy ler sangat). Rasanya tak terlambat saya nak cerita pengalaman masa kecik-kecik dulu. Bila datangnye hari Maulud Nabi ni teringat la plak zaman kanak-kanak ribena hehe. Dulu lepas je habis sekolah, aku rehat2 kejap konon nak baring tp baru jer nak baring mak aku dah bising dah suh mandi. Sebabnye aku kene g surau plak ader kelas agama. Tapi dek kerana aku ni degil orangnye (hehe) aku terus tido n tak g kelas langsung. Ikut rekod sekolah agama aku memang teruk r mana taknya sebulan brapa hari je aku g. Bile hari maulidur rasul semakin hampir banyak aktiviti kat sekolah agama aku ni, antaranya pertandingan nasyid la, pertandingan tulisan khat la, tilawah al-Quran la dan berarak sekeliling kawasan umah aku ni. Yang best nya sume aktiviti tu aku tak join pon, malas dan degil katakan hehe. Tapi aku suke terlibat dengan perarakan. Memang seronok la berarak ramai-ramai. Masa kecik-kecik dulu besela biler nak berarak ustaz2 suh berbaris lurus2, angkat tangan ke bahu rakan di hadapan. Time berarak lak berselawat nabi dengan penh semangat. Tapi yang lucunya, semangat tu sekerat jalan je. Sampai sekerat jalan apelagi beborak ngn kawan2 bergelak ketawa. Siap bertepuk tampar lagi, dah tu main tarik2 tudung hahaha memang kitorang dapat hadiah dari ustaz2 n ustazah time tu gak. Fuh, hebat tol cubitan ustazah tu sampai berbekas kat lengan aku. Tu la perkara yang baik jangan diperlekeh-lekehkan, tak baik. Tapi itu masa kecik2 dulu jer taw skang tak buat ag hehe. Bertaubat dah.

P/S* - Kepada kawan-kawan sekalian, time Maulidur Rasul ni la kite kene sentiasa ingat terhadap jasa-jasa Rasulullah dan kisah2nye trutama perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar islam. Walau bagaimanapun, tak semestinya hari lain kite xperlu ingat Baginda. Sentiasalah berselawat ke atasnya agar hidup kita lebih dirahmati dan menandakan kita menyanyangi nya.

Tuesday, December 14, 2010

Pengalaman Kerja

salam semua.....


hye u all's lame sungguh sy xupdate blog ni..sejak akhir2 ni bz sgt2..lg2 dah kerja ni. Bila sudah kerja ni baru lah taw penat dan payahnya mencari duit kan. Selama ni x sabar2 nak mula bekerja tapi sekarang hahaha 'amek ubat'. Masa hari pertama bekerja macam murid darjah satu jer semua nak kene terangkan, mana x nye keje bkn bidang kita, terpaksa belajar semua perkara. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang diberi oleh Tuhan, at last aku mampu pelajari dan hadapi semua cabarannya.

Monday, November 1, 2010

AKHIR ZAMAN??

Herm pelbagai kejadian yg xdiingini asik berlaku sejak akhir2 ni. Musibah, bala, malapetaka berlaku serentak di seluruh dunia. Kejadian Tsunami di kepulauan Mentawai baru2 ini menggemparkan penduduk seluruh dunia kerana ia mengingatkan kembali peristiwa Tsunami tahun 2004 suatu ketika dahulu. Gempa bumi yang berukuran 7.7 skala richter itu telah mengorbankan hampir 400 orang penduduk dan pelancong di situ dan  ombak besar dilihat setinggi 3 meter.  Berikutan keesokkannya, berlaku pula letusan gunung berapi di Balerante, Jawa Tengah yang mengorbankan puluhan orang setakat ini.  Dalam masa yang sama, kite dikejutkan pula angin taufan puting beliung di utara Malaysia. Kejadian angin ribut sering berlaku di utara Malaysia tetapi ianya dianggap jarang sekali berlaku puting beliung di sini. Sementara di Thailand, banjir terburuk terjadi selepas beberapa dekad lalu. Setakat ini jumlah kematian didapati adalah sebanyak 94 orang manakala 4.2 juta lagi penduduk dikhabarkan terjejas dengan tenggelamnya rumah-rumah dan ternakan mereka. Sebanyak 38 wilayah terjejas daripada 76 wilayah. So, sebagai umat islam marilah kita sentiasa berdoa agar tempat yang kita duduki diberi kesejahteraan dan dijauhi bala malapetaka. Berdoalah juga kepada mangsa2 dan kawasan kejadian tersebut agar segera pulih dengan aman serta takziah bagi yang terkorban.

Sunday, October 31, 2010

KELANTAN VS N9???

Salam... erm mgu ni hangat tol org dok bercrite pasal bola sepak..lagi2 pelawanan final antara Kelantan dgn Negeri 9... heboh la pasal tiket naik harga, mahal la, tiket habis la mcm2. Tapi 2 semua tolak ketepi la bg yg fanatik bola sbb ader yg sanggup bt ape saje asalkan dpt tgok team peberet dorg main kan. Aku pon xsabar nk tgok bola ni wlpon aku ni xla minat sgt. Tapi d sebabkan N9 yang main aku kene sokong la. Sokong dgn excited la kononyer last2 N9 kalah. Mmg xdinafikan team Kelantan hebat sgt. Namun, pape hal aku tetap bangga dgn N9 & sentiase terus menyokong N9. Besela adat permainan ader yg kalah ader yg menang. Xperlu gado2 even da kalah pon. Bt Kelantan, tahniah sbb jadi Juara tahun 2010.

VS


Sunday, October 24, 2010

KEPIMPINAN TERBAIK???

Sesebuah institusi memiliki pemimpin yg akan menerajui dan mendukung 


kemajuan institusi tersebut. Pemimpin terbaik dilihat dari segi corak, gaya 


kepimpinan yang dibawa. Terdapat pelbagai bentuk kepimpinan antaranya 


ialah autokratik, demokratik, laissez-fairre.


Melalui kepimpinan autokratik, pemimpin atau pengurus akan memberi arahan kepada pekerja tanpa dipersoalkan oleh pekerja.  Dalam masa yang sama, pemimpin hanya akan membuat keputusan tanpa melibatkan para pekerja dan gaya ini sesuai bagi orang yang mempunyai pekerja baru dan tidak bermotivasi.  Bagi kepimpinan demokratik, pemimpin akan melibatkan para pekerja dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.  Maka, keputusan yang diperoleh lebih berkualiti dan memberi motivasi para pekerja serta mempunyai tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama.  Manakala kepimpinan laissez-fairre pemimpin akan bertindak sebagai jurutunjuk kepada pekerja dan seterusnya pekerja membuat keputusan.  Gaya kepimpinan ini hanya akan dilaksanakan apabila para pekerja memiliki motivasi yang tinggi, berpengalaman dan berkemahiran. 


Kepimpinan yang berkesan dilihat apabila pemimpin berjaya mencapai matlamat organisasi, memimpin pekerja untuk melaksanakan tugas, berjaya menyelesaikan konflik dan berjaya mendorong pekerja.  Dalam mencapai sasaran organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinan terhadap pekerja.  Seseorang pemimpin tidak hanya mengarah pekerja bawahan tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi mencapai sasaran yang ditetapkan diklasifikasikan sebagai pemimpin yang bijaksana, berkemahiran, berpengalaman dan senioriti.

Walau bagaimanapun, organisasi akan terus maju apabila kepimpinan yang diamalkan berkesan dan sesuai dengan kehendak pekerja tanpa mengira apa-apa corak kepimpinan.  Kepimpinan yang berkesan membantu organisasi dalam menuju ke arah pencapaian sasaran dan matlamat.  Sifat, gaya dan tingkah laku dalam kepimpinan memberi implikasi terhadap penetapan sasaran organisasi sama ada berjaya atau tidak.  Menurut Agus Asrofi (2006), apabila kepimpinan disesuaikan dengan situasi dan keadaan organisasi, maka pekerja akan lebih bersemangat menjalankan tugas dan kewajipannya dalam memenuhi sasaran organisasi.

Saturday, October 23, 2010

SUBHANALLAH....

Subhanallah.....itulah ungkapan yg mampu aku ungkapkan bler melihat tanda2 keKuasaan Allah S.W.T.... terlalu kagum dan indah....begitu hebat ciptaan-Nya...begitu besar kekuasaan-Nya....






Gambar ni aku amek dari tenet jer....slalu tgok tp xpnah puas melihat kebesaran-Nya....

Thursday, October 21, 2010

Peritnyerrrrrr.......

Tanggal 25 sept 2010 (sabtu) adalah peristiwa yg ak xley lupekan seumur idup aku... nk taw nape... ari itu la 1st time dlm idup aku jatuh sakit yg amat sgt... pd mulenye seminggu sblom 2 ak dah mule rase sakit...tp ak xsyak ape2 penyakit pon... so, 24sept aku bsama rakan2 praktikal g lunch di McD..time 2 aku beli bubur ayam McD dicmpur dgn 3 paket lada itam n 2 paket lada sulah...aku mmg terkenal dgn makanan pedas2..kalo xpedas rase xselera kononye...stelah blk ke ofis perutku mule meragam dan kesakitan 2 berlarutan hingga keesokan pagi nyer...ayah aku menghantar aku ke klinik n doktor ckp aku gastrik..malah dia menyuruh aku berhenti drpd makan pedas2 d sbbkan usus aku terhakis...apbla balik ke umah sakit aku makin teruk n parah...aku xbole bernafas..then ayah aku bersama ibu n abg menghantar aku pula ke hospital besar KL..d situ la peristiwa yg sgt xley lupekan sbbnyer aku xdpt bernafas dgn sempurna..byk doktor dtg melihat aku akhirnya aku d suruh g ke rawatan emergency dgn kerusi roda...dr pagi ke magrib aku menanggung kesakitan...tp syukur doktor kata xder penyakit bahaya yg aku alami melainkan gastrik....aku mengucap syukur gak krn mempunyai ayah n mak yg sgt mengambil berat ke atas aku dan sanggup bersusah payah terhadap anak2nya demi kesenangan anak2nya. Thankkssssss mak ayah

KERJA OH KERJA

Kerja???? erm pening2..... since tamat praktikal ni rase bosan jer duk kat umah... nk kua lepak enjoy dgn kwn2 pon malas... sbb duit xder... dah 2 skg mcm2 perasaan ader,,, riso, penin, runsing, takot sume ader... mane x nyer, nk pk pasal keje ni... br taw skg ni susah nk cari keje... bler search kat tenet byk keje kosong tp bkn kelulusan aku...yg kelulusan aku lak jauh2 sgt smpi ke sbh sarawak kelantan terengganu.... erm maybe pengajarannyer jgn terlalu memilih mencari keje... kalo x smpi bler pon aku xdpt keje kan... tp sanggup kah aku duk merantau jauh dari family ku yg kini memerlukan aku???

HOBI BARU

Hye...salam u all's...maybe sy xfamiliar dgn blog ni tp sy br mule nk bjinak2 dgn penulisan blog ni....org kata nk tambah hobi baru... b4 that,,let me introduce myself,,sy azie 23 taun n nk msk 24 taun dah...hermmm rase tua lak skg...sy anak jati Kuala Lumpur yg mane di lahir n d besarkan d KL.. tp my dad from slangor n my mum lak from n9...sy sorg yg agak pendiam tp bler da jpe membe yg btol2 sekepala kdg2 leh jd gler2 hehehe niat nk tulis blog ni sbb nyer nk ilangkan boring...al maklumlah skg da hbs blaja d UUM n now, in process to find a good job..so,,at da same time,,leh la isi masa dgn tulis blog ni..ermmm by da way, sy bukan xder blog sblom ni yer,, coz sy ader bisnes online..nk taw aper..sila lah layari ke www.zieanggunshop.blogspot.com hehehe